Events detail

Sambutan Hari Diabetes 2019 telah diadakan pada 23 November 2018 bertempat Klinik Kesihatan KG Betong, Daerah SIK. Sambutan Hari Diabetes Sedunia pada tahun 2019 telah diadakan dengan jayanya seperti tahun-tahun sebelum ini. Sambutan ini bertujuan untuk mempromosikan kesihatan yang optimum kepada seluruh masyarakat samada telah mengidap Diabetes ataupun belum. Dengan tema "FAMILY & DIABETES" kempen giat diadakan bagi memastikan masyarakat setempat peka dengan sambutan ini. Antara aktiviti yang diadakan ialah Senamrobik, Diabetes FunRun 2019,Pemeriksaan Kesihatan, Ceramah Kesihatan, Sunathon, Kedah Diabetes Awareness, Sukaneka, Pameran Kesihatan, Kuiz Diabetes, Pertandingan Menu Sihat, Pertandingan Mewarna dan Cabutan Bertuah.